From UNISEL Info

10 JUNE 2020 Universiti Selangor Facebook

UNISEL TAWAR KEMUDAHAN INTERNET ANTARA YANG TERLAJU DI MALAYSIA

Tidak sempurna infrastruktur sesebuah universiti sekiranya tiada kemudahan teknologi maklumat yang lengkap disediakan kepada pelajar dan pensyarahnya. Perubahan dari aspek pengajaran dan pembelajaran yang kini lebih bergantung kepada keupayaan internet juga menjadi penyumbang utama mengapa kemudahan ini menjadi faktor utama Universiti Selangor (UNISEL) menjadi pilihan pelajar di masa kini.

UNISEL yang merupakan universiti pertama milik Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat antara yang terkini dan tercanggih di Malaysia. Menerusi projek transformasi di bawah pimpinan Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, UNISEL menyediakan kemudahan seperti Virtual Desktop Infrastructure (VDI) serta perkhidmatan internet (wifi) di kedua-dua buah kampus, Shah Alam dan Bestari Jaya.

Jika dilihat dari aspek kelajuan jalur lebar, UNISEL telah menaik taraf kelajuan internet dari 1G pada tahun 2019 kepada 1.2G pada tahun 2020. UNISEL Kampus Bestari Jaya menawarkan 10Mbps kelajuan internet kepada setiap individu manakala UNISEL Kampus Shah Alam pula menawarkan 40Mbps kelajuan internet kepada setiap individu.

Kelajuan internet ini merupakan yang terpantas jika dibandingkan dengan beberapa universiti awam dan swasta lain di Malaysia yang berada di luar kawasan bandar. Kemudahan kepada akses ini telah menampung hampir keseluruhan kawasan kampus sama ada ruang-ruang akademik, kafetaria mahupun penempatan pelajar.

Bagaimana untuk menikmati kemudahan serta menyelami keindahan kampus UNISEL?

Caranya mudah saja, daftarlah belajar di UNISEL dan anda berpeluang menimba ilmu dalam suasana kampus sebenar dan berpeluang menikmati pelbagai kemudahan lain seperti perpustakaan, masjid, kolej kediaman persis apartment yang turut dipantau menerusi fasiliti keselamatan terbaik dengan pemasangan 200 unit kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kampus.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat